Rumah musnah 70 peratus dalam kebakaran di Tanjong Karang

Foto BBP Tanjong Karang

TANJONG KARANG, 19 November – Sebuah rumah musnah sebanyak 70 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Terap 5 di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan BBP Tanjong Karang mengerahkan enam anggota diketuai Komander Operasi Muhamad Faiz Dahlan ke lokasi.
  • Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian kebakaran tersebut.
  • Operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 1 pagi dan tamat sepenuhnya pada 2.11 pagi; bantuan empat anggota BBP Kuala Selangor.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sebelum mengerahkan sepasukan enam anggota ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Muhamad Faiz Dahlan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah berkeluasan 40×50 kaki persegi sedang terbakar. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan,” menurut kenyataan.

Operasi menyelamat dan memadam kebakaran itu turut mendapat bantuan daripada empat anggota BBP Kuala Selangor.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1 pagi, sebelum keseluruhan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.11 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian disiasat,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.