
JOHOR BAHRU, 8 Sept – Seorang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebuah badan berkanun Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu, dipercayai meminta serta menerima rasuah kira-kira RM1.6 juta.
- Suspek disyaki memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan lot tapak perumahan.
- Siasatan awal mendapati suspek meminta kira-kira RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon dan mengeluarkan dana menggunakan invois palsu.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Suspek disyaki memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan lot tapak perumahan.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, suspek berusia lingkungan 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara tahun 2016 hingga 2025.
“Siasatan awal mendapati suspek meminta kira-kira RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah dan melakukan pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu,” jelasnya.
Kes disiasat mengikut seksyen 16(a)(A, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Dalam pada itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dalam kenyataan menafikan penglibatan mana-mana pihak di dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.
Beliau menyerahkan kepada SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan profesional.