Gempa bumi sederhana landa Rantau Flores, Indonesia

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 8 September- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada 12.40 tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 8.1 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur, kira-kira 240 kilometer timur Bima, Indonesia.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 34 kilometer.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 8.1 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur, kira-kira 240 kilometer (km) timur Bima, Indonesia.

Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 34 km.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.