Polis tahan lelaki disyaki bakar mercun secara berbahaya

Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial

PASIR GUDANG, 22 Mac – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap dipercayai membakar mercun secara cuai dan berbahaya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, kira-kira pukul 11.00 malam, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman tular memaparkan lelaki membakar mercun, dimuat naik oleh akaun "Kedah Version" berdurasi 53 saat.
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap kejadian pada 18 Mac 2026 di Seri Alam.
  • Suspek tiada rekod jenayah; kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendent Victor Genason menerusi kenyataan berkata, maklumat diperoleh susulan tular rakaman video berkenaan di media sosial.

“Pada 21 Mac 2026, telah terkesan tular satu rakaman video seorang lelaki membakar mercun secara cuai dan berbahaya di atas jalan raya yang dimuatnaik oleh pemilik / pengendali akaun media sosial “Kedah Version” yang berdurasi 53 saat.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam mengesahkan telah menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut yang berlaku di kawasan Seri Alam pada 18 Mac 2026 lebih kurang pulul 11.00 malam”, menurut kenyataan itu.

Hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod kesalahan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan.