Polis Pahang lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM433,000 esok

Foto RTM

KUANTAN, 4 Ogos – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai kira-kira RM433,000 bakal dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelupusan melibatkan 2,485 barang kes bagi tempoh 2009 hingga 2025.
  • Antara yang dilupuskan ialah syabu, kanabis, yaba, ketamin, air ketum serta pelbagai jenis dadah lain.
  • Pelupusan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah Syarikat J&T Berjaya Alam Murni dan dijalankan di Bukit Tagar selepas perintah mahkamah.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Datuk Ayob berkata, pelupusan itu melibatkan 2,485 barang kes bagi tempoh antara 2009 hingga 2025.

Antara dadah yang dilupuskan ialah syabu, kanabis, yaba, ketamin, air ketum serta pelbagai jenis dadah.

“Jumlah anggaran keseluruhan anggaran pasaran dadah yang akan dilupuskan ini adalah bernilai RM433,552.78 dan pelupusan ini akan dilaksanakan esok (5 Ogos) oleh kontraktor bertauliah dan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah JSJN Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.

“Barang kes dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat Syarikat J&T Berjaya Alam Murni Sdn. Bhd berdasarkan kemampuan dan pengalaman syarikat berkenaan.

Pelupusan dadah pelbagai ini akan dijalankan di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor selepas kesemua barang kes telah mendapat perintah mahkamah dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit telah tamat,” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.