Polis cari saksi kemalangan maut di Jalan Setia Raja

Foto Fail BERNAMA

KUCHING, 8 Ogos – Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan maut di bulatan Jalan Setia Raja, di sini, awal pagi semalam, diminta segera melaporkannya kepada pihak polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal.
  • Motosikal melanggar bahagian kiri lori ketika memasuki bulatan.
  • Penunggang lelaki, 20 tahun, cedera parah di pinggul dan disahkan meninggal di Hospital Umum Sarawak.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Saundri Govinda Rajoo di 011-27549620 atau 082-259900.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, insiden tersebut membabitkan sebuah lori dan motosikal.

Ketika kejadian, lori berkenaan dalam perjalanan dari Muara Tabuan ke Bau sebelum dilanggar sebuah motosikal pada bahagian kiri ketika memasuki bulatan.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Saundri Govinda Rajoo di talian 011-27549620 atau 082-259900, atau hadir ke balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.