Penunggang motosikal positif dadah rempuh pintu kaca unit kecemasan hospital

Motosikal yang ditunggang seorang lelaki merempuh pintu kaca Unit Kecemasan Zon Hijau Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), awal pagi tadi / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 23 Jun – Seorang lelaki cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pintu kaca Unit Kecemasan Zon Hijau Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penunggang dipercayai hilang kawalan ketika memasuki Zon Hijau Unit Kecemasan dan merempuh pintu kaca.
  • Lelaki berusia 28 tahun mengalami luka pada kedua-dua tangan dan dirawat di Unit Kecemasan.
  • Ujian saringan air kencing awal menunjukkan dia positif methamphetamine.
  • Motosikal juga didapati cukai jalan tamat tempoh; kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, siasatan awal polis mendapati penunggang dipercayai hilang kawalan ketika memasuki kawasan kecemasan hospital sebelum melanggar pintu kaca berkenaan.

“Akibat kejadian itu, lelaki berusia 28 tahun tersebut mengalami luka pada kedua-dua tangan dan menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ACP Azli, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine, selain cukai jalan motosikal yang ditunggangnya telah tamat tempoh.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.