
SAMARAHAN, 4 Mei – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh papan tanda di Kilometer 22, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya, pada Isnin.
- Motosikal dipercayai terbabas ketika menghampiri selekoh dan merempuh papan tanda di bahu jalan sebelah kiri.
- Mangsa dikenali sebagai Ilhan Mohammad, 24, dalam perjalanan dari Sadong Jaya ke Samarahan.
- Mangsa disahkan meninggal di Klinik Kesihatan Asajaya; mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak; kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Barry William, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Ilhan Mohammad, 24, dikatakan dalam perjalanan dari arah Sadong Jaya ke Samarahan.

“Ketika menghampiri selekoh di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah terbabas dan merempuh papan tanda di bahu jalan sebelah kiri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 5.50 petang di Klinik Kesihatan Asajaya semasa mendapat rawatan.
Barry yang dihubungi RTM turut mengesahkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.