Mayat mangsa lemas ditemukan pagi tadi

Foto BBP Triang

BERA, 26 Jun – Mayat warga emas yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di sungai berhampiran Kampung Sungai Batu di sini ditemukan pada pukul 9.39 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Shukri Bakar@Hassan, 62; keluar memancing seorang diri semalam.
  • Mayat ditemui orang awam pada jarak 25 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
  • Operasi SAR hari kedua bermula pukul 7.10 pagi, melibatkan dua pegawai, 11 anggota BBP Triang serta bot fiber dan aluminium.
  • Selain itu terlibat enam anggota PPDA Bukit Angin, seorang pegawai dan enam anggota PDRM, tujuh anggota APM; mayat diserahkan polis.

Mangsa, Mohamad Shukri Bakar@Hassan, 62, difahamkan keluar memancing seorang diri semalam.

Mayat mangsa telah ditemukan orang awam pada jarak 25 Meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua bermula pukul 7.10 pagi tadi melibatkan dua pegawai dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama bot fiber dan bot aluminium.

“Selain itu turut terlibat adalah enam anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.

“SAR turut dibantu seorang pegawai dan enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.