Kes pelajar ditikam : JPN Selangor santuni pelajar dan keluarga

Kunjungan ziarah sebagai memberi sokongan moral, selain meluangkan masa menyantuni keluarga pelajar

BANTING, 7 Julai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor diketuai Pengarahnya, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim menyantuni pelajar yang cedera ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan bertujuan memberi sokongan moral dan meluangkan masa menyantuni keluarga pelajar.
  • Hantaran Facebook menyatakan keprihatinan serta memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada pelajar dan keluarga.
  • Semoga pelajar pulih sepenuhnya dan urusan dipermudah.
  • JPN akan terus bekerjasama dengan sekolah dan agensi bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara.

Kunjungan ziarah itu bertujuan memberi sokongan moral, selain meluangkan masa menyantuni keluarga pelajar berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, lawatan itu juga sebagai menzahirkan keprihatinan dan memberi kata-kata semangat serta sokongan kepada mereka.

“Semoga pelajar terbabit diberi kesembuhan yang sempurna dan dipermudah segala urusan,”menurut hantaran itu.

JPN Selangor turut memaklumkan akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah serta agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara.

Dalam masa sama turut memberi jaminan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.