Kanak-kanak lima tahun maut dikelar dalam kejadian di Sibu

Foto BERNAMA

SIBU, 28 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang suspek lelaki lewat 40-an yang dipercayai ada hubungan keluarga ditahan bagi membantu siasatan.
  • Polis enggan mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian.
  • Pihak polis menjalankan siasatan awal di lokasi; mangsa dibawa ke unit kecemasan hospital dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian.

“Setakat ini, pihak kami telah menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada pemberita.

Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sibu sebelum disahkan meninggal dunia.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.