Hilang hampir 19 jam ketika mendaki, wanita ditemukan selamat

Veronique Joseph, 31, (tiga dari kanan barisan tengah) yang hilang Taman Negara Lambir, Sarawak ditemukan selamat hari ini/ JBPM Sarawak

MIRI, 22 Ogos- Seorang wanita yang dilaporkan hilang selama hampir 19 jam sejak petang semalam ketika mendaki di Taman Negara Lambir di sini ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Masuk hutan bersama lima rakan sekitar 8.40 pagi semalam untuk aktiviti mendaki.
  • Disedari hilang kira-kira 4.30 petang ketika mereka keluar dari kawasan hutan.
  • Berjaya dihubungi menerusi WhatsApp; memaklumkan mengalami kecederaan ringan selepas tergelincir.
  • Pasukan SAR tiba 10.43 pagi, pencarian diperluas 500 meter, mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada keluarga.

Mangsa, Veronique Joseph, 31, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 11.17 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, wanita itu bersama lima rakannya memasuki kawasan hutan Taman Negara Lambir kira-kira 8.40 pagi semalam untuk mendaki.

Wanita berkenaan disedari hilang kira-kira 4.30 petang ketika mereka keluar dari kawasan hutan.

Beliau bagaimanapun dapat dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan mengalami kecederaan ringan selepas tergelincir.

Pasukan SAR tiba di lokasi yang diberikan wanita berkenaan pada 10.43 pagi sebelum pencarian diperluas dalam radius 500 meter.

Wanita itu kemudian dibawa keluar dari kawasan hutan sebelum diserahkan kepada majikan dan keluarga untuk dibawa ke hospital.

Operasi mencari dan menyelamat tamat kira-kira 1.00 tengah hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.