
KUALA LUMPUR, 3 September– Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 melanda Liawan, Keningau, Sabah pada 9.31 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa 10 km barat Keningau pada kedalaman 10 km menurut METMalaysia.
- Gegaran dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
- METMalaysia akan terus memantau keadaan dan memberi maklumat terkini.
- Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan yang disediakan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa itu berpusat 10 kilometer (km) barat Keningau pada kedalaman 10 km.
Gegaran dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya, menurut METMalaysia.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/jeyKFVvFWK4BXcY19