Tiga buah rumah, surau terbakar di Kampung Dato Keramat

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Tiga buah rumah dan sebuah surau terbakar dalam kejadian di Lorong Keramat 4, Kampung Dato Keramat, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi terima panggilan 999 pada 3.10 pagi; beberapa balai bomba dikerahkan termasuk FRT-2, LFRT-1 dan 30 anggota.
  • Setibanya pihak bomba, kebakaran melibatkan empat buah rumah dengan kerosakan berbeza: satu 100%, satu 20%, satu 40%, satu 2%.
  • Tiada mangsa terlibat; operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi; punca kebakaran disiasat Unit Penyiasatan Kebakaran.

Kebakaran itu kemudiannya berjaya dipadamkan kira-kira dua jam kemudian.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 3.10 pagi sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak turut mendapat bantuan BBP Setapak, BBP Keramat dan BBP Titiwangsa, membabitkan jentera FRT-2 dan LFRT-1 serta kekuatan 30 anggota lain-lain pangkat.

Menurut Pegawai Kanan TPgB II Mohd Farid Hussin, setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan empat buah rumah.

“Rumah pertama berkeluasan 30 x 60 kaki persegi terbakar 100 peratus, rumah kedua dengan anggaran keluasan kebakaran 5 x 5 kaki persegi terbakar 20 peratus, manakala surau berkeluasan 15 x 30 kaki persegi terbakar 40 peratus.

“Rumah keempat pula hanya membabitkan dua penghawa dingin yang terbakar, iaitu sebanyak dua peratus,” katanya.

JBPM memaklumkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.