Empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu

Foto: JBPM Sabah

LAHAD DATU, 3 September- Empat individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Markas Briged, ESSCOM, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dilaporkan pada 12.21 tengah malam; mangsa tiga lelaki dan seorang wanita.
  • Semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
  • Dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam; dua lagi dibawa dengan ambulans KKM Lahad Datu.
  • Pasukan bomba memeriksa lokasi bagi memastikan keadaan selamat; operasi ditamatkan pada 12.45 tengah malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan kejadian berlaku pada 12.21 tengah malam dengan mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Kesemua mereka dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu.

Dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala dua lagi dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Lahad Datu.

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 12.45 tengah malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.