SPRM ekstradisi lelaki warga China dikehendaki NCS

Foto hiasan/ RTM

PUTRAJAYA, 20 November – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penahanan suspek dilakukan hasil kerjasama rentas agensi antara SPRM dan Suruhanjaya Penyeliaan Kebangsaan China NCS.
  • Siasatan mendapati dia dipercayai memberi wang rasuah kepada pegawai penguatkuasa untuk mengelakkan tindakan berkaitan penipuan dan pengubahan wang haram.
  • Suspek tersenarai dikehendaki NCS dan pasportnya dibatalkan, SPRM merujuk kes kepada Imigresen serta Kedutaan China.

Penyerahan itu susulan penahanan lelaki berusia lingkungan 50-an berkenaan hasil kerjasama rentas agensi antara SPRM dengan Suruhanjaya Penyeliaan Kebangsaan Republik Rakyat China (NCS).

Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira pukul 9 malam, Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan untuk mengelakkan tindakan undang-undang terhadapnya berhubung kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Semakan lanjut turut mendapati suspek tersenarai sebagai individu dikehendaki NCS, selain pasport antarabangsanya telah dibatalkan oleh kerajaan China.

Susulan itu, SPRM merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kedutaan China sebelum proses penyerahan dilaksanakan bagi tindakan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan penyerahan lelaki berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.