Enam warga Myanmar dan China didenda buat pertaruhan Piala Dunia 2026

Enam tertuduh terdiri daripada warga Myanmar dan China/Foto BERNAMA

BALIK PULAU, 15 Julai – Enam sekawan warga Myanmar dan China didenda RM1,200 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau pagi tadi atas kesalahan membuat pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan membuat pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2026.
  • Tertuduh diperintahkan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
  • Pertaruhan didakwa dibuat di sebuah kondominium di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru pada 1 Julai jam 6.45 petang.
  • Lima tertuduh turut mengaku bersalah tidak memiliki pas yang sah dan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhkan hukuman itu terhadap Yang Zhilong, Zhou Bao, Xu Kai, Ma Jiahao, Khaing Moe Nwe dan Le Kyar Hkyan.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 31 tahun.

Tertuduh diperintahkan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama membuat pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2026 di sebuah kondominium di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini pada jam 6.45 petang, 1 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ikmal Affandi Zulkifli.

Manakala, kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, bagi pertuduhan berasingan lima daripada tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki pas yang sah.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati tidak memiliki apa-apa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk memasuki Malaysia ketika ditahan di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.