
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Dua gudang penyimpanan bahan kimia pertanian terbakar dalam kejadian di Jalan Raja Arfah, Segambut di sini, awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat Gerakan JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi; jentera BBP Sentul, Jinjang, Hang Tuah, Tun Razak dan Sri Hartamas dikerah.
- Gudang pertama simpan racun perosak kalsium sulfat musnah kira-kira 90 peratus; gudang kedua simpan baja terbakar 30 peratus.
- Tiada mangsa dilaporkan; punca kebakaran masih dalam siasatan.
Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi, sebelum menggerakkan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Jinjang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sri Hartamas.
“Gudang pertama yang menyimpan bahan racun perosak kalsium sulfat, musnah kira-kira 90 peratus manakala gudang kedua menyimpan baja terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- BERNAMA