Dua lelaki sesat di hutan Bukit Putus Lama ditemukan selamat

JBPM Negeri Sembilan

SEREMBAN, 30 Ogos – Dua lelaki tempatan yang dilaporkan sesat di berhampiran Kampung JKIN Extreme Park, Paroi, di sini, ditemukan selamat awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berumur 55 dan 60 tahun ditemui pasukan SAR kira-kira pukul 12.32 tengah malam.
  • Seorang mangsa dihubungi pada 6.48 petang dan berkongsi lokasi Checkpoint 6 melalui WhatsApp.
  • Operasi SAR melibatkan PDRM, JBPM, APM dan penunjuk arah JKIN, dengan keseluruhan 34 anggota dan empat orang awam.
  • Kedua-dua mangsa tiba di Kampung JKIN Extreme Park pada 2.15 pagi dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Alzafny Ahmad kedua-dua mangsa tempatan berusia 55 dan 60 tahun ditemukan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada kira-kira pukul 12.32 tengah malam tadi.

Menurutnya, Polis Daerah Seremban menerima panggilan daripada mangsa menerusi MERS 999 kira-kira pukul 6.17 petang semalam, memaklumkan mereka sesat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata pada kira-kira 6.48 petang, polis berjaya menghubungi salah seorang mangsa yang memaklumkan mereka berada di Checkpoint 6, Trek Rigger Hills, selain berkongsi lokasi melalui aplikasi WhatsApp.

“Susulan maklumat tersebut, pasukan SAR 1 yang terdiri daripada anggota PDRM, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta seorang penunjuk arah (pointer) JKIN bergerak masuk ke kawasan hutan bagi mencari dan mengesan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kedua-dua mangsa berjaya sampai ke Kampung JKIN Extreme Park pada 2.15 pagi sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Operasi SAR itu melibatkan kerjasama PDRM, JBPM, APM dan pihak JKIN dengan kekuatan keseluruhan 34 anggota serta empat orang awam.

Polis turut menasihatkan orang ramai yang menjalankan aktiviti rekreasi atau pendakian supaya membuat persediaan mencukupi, memaklumkan pergerakan kepada pihak berkaitan serta tidak mengambil mudah aspek keselamatan ketika berada di kawasan hutan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.