Nelayan hilang: Kawasan pencarian diperluas

Operasi Carilamat memasuki hari keempat bagi mengesan Sabrie Rusli, 32, yang hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu – Foto RTM

DUNGUN, 30 Ogos Kawasan pencarian nelayan yang hilang selepas selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, diperluas meliputi kawasan seluas 337.9 batu nautika persegi dari perairan Dungun hingga Kuala Terengganu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi Carilamat memasuki hari keempat menggunakan bot PERKASA 1249 dan KM JUJUR.
  • Operasi turut dibantu PDRM, JBPM, APM dan Jabatan Laut Malaysia.
  • Seramai 62 anggota terlibat dalam operasi Carilamat pada Ahad.
  • Sabrie dipercayai hilang selepas bot dinaikinya terbalik ketika dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat), Sabrie Rusli, 32, yang memasuki hari keempat pada Ahad, diteruskan dengan menggunakan bot PERKASA 1249 dan KM JUJUR.

Menurut beliau, operasi berkenaan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut Malaysia.

“Jumlah keseluruhan penglibatan anggota dalam operasi Carilamat pada Ahad ialah seramai 62 orang, ” katanya dalam satu kenyataan.

Komander Maritim Abdul Halim berkata, keadaan cuaca agak baik dengan kelajuan angin antara 10 hingga 20 kilometer sejam, manakala ketinggian ombak dianggarkan antara 0.5 hingga 1.0 meter, membantu memudahkan operasi berkenaan.

Sabrie dipercayai hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol pada kira-kira 5.00 petang Khamis lepas semasa dalam perjalanan pulang selepas keluar menangkap ikan pada 9.00 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.