
KUCHING, 18 Mei – Polis Sarawak menahan dua individu bersama rampasan dadah jenis ekstasi bernilai RM12,700.
- Serbuan ke atas sebuah pusat hiburan pada tengah malam.
- Polis menemui 476.40g serbuk disyaki ekstasi dan 98 biji pil ekstasi seberat 54.52g.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya; sabit boleh dihukum gantung sampai mati, penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.
Kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek masing-masing berumur 22 dan 23 tahun.
Semasa pemeriksaan, polis menemukan serbuk disyaki dadah jenis ekstasi dianggarkan seberat 476.40 gram serta 98 biji pil ecstacy dengan anggaran berat 54.52 gram.
Seorang daripada suspek merupakan warganegara asing.
Hasil ujian saringan air kencing, kedua-dua suspek didapati negatif dadah.
Bagaimanapun, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.