
KUALA LUMPUR, 14 September – Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah disini pada 10 Ogos lepas terhadap satu pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan pembayaran wang syarikat berjumlah lebih RM160,000 kepada sebuah syarikat lain.
- Didakwa meluluskan pembayaran RM165,000 kepada Viva Mekar tanpa persetujuan atau ratifikasi mesyuarat agung syarikat.
- Tertuduh juga memegang jawatan pengarah Viva Mekar dan didakwa mendapat manfaat secara tidak langsung.
- Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016; jika sabit, hukuman hingga lima tahun atau denda sehingga RM3 juta.
- Mahkamah benarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin; sebutan semula 21 September untuk serahan dokumen pihak pendakwaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Tan Kian Kok, bekas pengarah Teluk Sepangar Quarry Sdn. Bhd., didakwa menggunakan kedudukannya tanpa persetujuan atau ratifikasi mesyuarat agung syarikat untuk meluluskan pembayaran RM165,000 kepada Viva Mekar Sdn. Bhd.
Tertuduh didakwa berbuat demikian bagi mendapatkan manfaat secara tidak langsung memandangkan beliau turut memegang jawatan sebagai pengarah Viva Mekar Sdn. Bhd.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 218(2) akta sama.
Hakim Siti Shakirah Datuk Wira Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 21 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.