
ISKANDAR PUTERI, 23 Ogos – Sebanyak 31 motosikal disita dan 75 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi polis di Lebuhraya Link Kedua, awal pagi tadi.
- Kesalahan dikesan termasuk tiada lesen, tiada insurans, pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan tiada cermin sisi.
- Motosikal disita adalah sebahagian daripada 42 motosikal ditahan hasil risikan di kawasan tumpuan aksi berbahaya dan bunyi bising.
- Operasi memeriksa 50 individu tempatan, 48 lelaki dan dua wanita, berusia antara 15 hingga 28 tahun.
- Tindakan diambil mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis akan meneruskan operasi mengekang lumba haram dan melindungi pengguna jalan raya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Saifullah Jaya berkata, antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, pengubahsuaian ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan serta tiada cermin sisi.
“Motosikal yang disita itu adalah sebahagian daripada 42 motosikal yang ditahan hasil risikan di lokasi berkenaan yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan kumpulan motosikal melakukan aksi berbahaya dan menghasilkan bunyi bising,” katanya dalam kenyataan.
Operasi itu turut memeriksa 50 individu tempatan terdiri daripada 48 lelaki dan dua wanita berusia antara 15 hingga 28 tahun.
Tindakan dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menegaskan tiada kompromi terhadap aktiviti samseng jalanan dan operasi seumpama itu akan diteruskan bagi membendung kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.