14 PATI warga Myanmar ditahan

Kapten Maritim Kamal Mohamad (tengah)

PASIR PUTEH, 14 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, termasuk dua wanita, dalam satu operasi di tebing Sungai Kelantan di Kampung Kutan Hilir, Pasir Pekan, Tumpat, Rabu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan menemui beg hitam berisi kad pengenalan milik warga Malaysia, disyaki bertindak sebagai tekong darat.
  • Pasukan operasi mengesan sebuah bot laju mencurigakan lalu menempatkan pasukan darat untuk memintas kelompok terbabit.
  • Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas syak berada tanpa dokumen dan rekod perjalanan sah.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Maritim Kamal Mohamad berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 36 tahun dan dipercayai memasuki negara melalui laluan tidak diwartakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut, kami turut menemukan sebuah beg hitam yang di dalamnya mengandungi kad pengenalan milik warga Malaysia yang kami syaki bertindak sebagai tekong darat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan di sini.

Menurut Kapten Maritim Kamal Mohamad tangkapan dibuat selepas pasukan operasi mengesan sebuah bot laju mencurigakan di sekitar Kampung Kedai Buloh sebelum Pasukan Operasi Darat digerakkan untuk memintas kumpulan terbabit.

Sembilan individu ditemui di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), manakala lima lagi ditemui bersembunyi di kawasan semak berhampiran tebing sungai.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen serta rekod perjalanan yang sah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.