fb fb fb fb fb

Tinggal lebih tempoh, empat kenderaan disita JKDM Perlis

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita empat kenderaan pelbagai jenama selepas didapati tinggal melebihi tempoh di Tanah Semenanjung

KANGAR, 2 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita empat kenderaan pelbagai jenama selepas didapati tinggal melebihi tempoh di Tanah Semenanjung.

Kesemua kenderaan berkenaan melibatkan cukai kira-kira RM3.864 juta.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata dua kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu ditahan pada 25 Jun dan 3 Julai lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua kenderaan didapati tiada Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) dan kenderaan telah tamat tempoh manakala dua lagi kenderaan yang didaftarkan di Pulau Bebas Cukai Langkawi turut disita," katanya.

Kempat empat kenderaan itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Ismail turut memaklumkan, JKDM turut berjaya merampas barang dagangan runcit seberat 1,216 kilogram dan 116 kilogram minyak masak pelbagai jenama bernilai RM18,320 dalam dua rampasan berasingan pada 1 Julai dan 24 Julai di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar.

Kedua dua kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967 dan dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN