PM terima kunjungan hormat Presiden Singapura

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua pemimpin meluangkan masa bersama sebelum menghadiri program yang dijadualkan.
  • Turut hadir Datuk Seri Mohamad Hasan; Steven Sim Chee Keong; dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Lawatan rasmi pertama Presiden Tharman sejak mengangkat sumpah September 2023, pertemuan ringkas itu memperkukuh hubungan dan kerjasama pelbagai bidang.

Kedua-dua pemimpin turut meluangkan masa bersama sebelum menghadiri program yang dijadualkan.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim; serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pertemuan ringkas itu diadakan sempena lawatan negara Presiden Tharman ke Malaysia dari 13 hingga 15 Julai, yang merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura pada September 2023.

Lawatan itu mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Singapura yang terus diperkukuh menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama.