fb fb fb fb fb

Suspek cabul kanak-kanak 6 tahun diberkas

Foto Fail

KUCHING, 22 April- Suspek utama kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di Betong berjaya diberkas polis Miri, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata bertindak atas maklumat, suspek, Andrew Jarau, 38 tahun ditahan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Batu Niah pada pukul 5.40 petang.

"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, suspek didakwa melakukan jenayah amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun di kawasan perkuburan lama, Kampung Subal Betong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tempoh 20 tahun jika sabit kesalahan selain sebat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM