Dua warga Bangladesh dalang sindiket bekal pekerja asing tumpas

Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU, 12 Ogos – Sindiket membekal pekerja asing kepada kilang-kilang di sekitar Johor Bahru tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menyerbu tiga lokasi menerusi Op Serkap, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penahanan 123 pekerja asing berumur 20 hingga 49 tahun serta sitaan bernilai RM776,614.
  • Dua lelaki warga Bangladesh dipercayai dalang utama menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara untuk membekalkan pekerja ke kilang sekitar Johor Bahru.
  • Seorang warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar ditahan sebagai penyelia; semua direman hingga 24 Ogos; kes disiasat bawah Akta Imigresen dan Akta Pasport.

Operasi itu membawa kepada penahanan 123 pekerja asing berusia antara 20 hingga 49 tahun serta sitaan bernilai RM776,614.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata dua lelaki warga Bangladesh yang ditahan dipercayai menjadi dalang utama sindiket berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi membekalkan pekerja warga asing kepada kilang-kilang di sekitar Johor Bahru.

“Selain itu, seorang lagi warga Bangladesh bersama seorang warga Myanmar yang ditahan dipercayai berperanan sebagai penyelia kegiatan berkenaan,” katanya.

Kesemua yang ditahan direman sehingga 24 Ogos bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.