fb fb fb fb fb

Suspek bunuh Nur Farah Kartini didakwa 9 pagi esok

Suspek yang juga seorang polis berpangkat lans koperal sebelum ini direman bermula 16 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di mahkamah 9 pagi esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek 26 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kertas siasatan dilengkapkan dan pada 25 Julai dirujuk ke Pejabat Pendakwaraya Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor

"...dan arahan tuduh ke atas suspek di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu seksaan bagi kesalahan membunuh orang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Berita RTM melaporkan Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang polis berpangkat lans koperal sebelum ini direman bermula 16 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

 

GRACE AISYAH KEDAYAN