
KUALA TERENGGANU, 4 Julai- Seorang maut, tiga cedera manakala lapan lagi terselamat dalam kejadian bot mencandat sotong karam pada jarak kira-kira sembilan batu nautika dari Dataran Kuala Nerus pada Jumaat.
- Kru bot Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, disahkan maut.
- Peserta mencandat sotong yang cedera: Faris Ibrahim, 33; Ahmad Danial Iman, 24; Fatin Fariesya Rohaizan, 26.
- Tekong Mohd Awais Sa’ari, 39, dan peserta lain terselamat.
- Mayat dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin; mangsa cedera dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 9.00 malam itu, mangsa maut ialah kru bot, Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, manakala yang tercedera ialah peserta mencandat sotong, Faris Ibrahim, 33, Ahmad Danial Iman, 24, Fatin Fariesya Rohaizan, 26.
“Tekong bot Mohd Awais Sa’ari, 39, dan tujuh lagi peserta mencandat sotong terselamat dalam kejadian tersebut.
“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Batin di Kuala Nerus kira-kira 10.00 malam tadi sebelum mayat dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.