fb fb fb fb fb

Rasuah: Dua warga asing direman lima hari

Dua warga asing dibawa ke Mahkamah Majistret George Town hari ini/Foto RTM

GEORGE TOWN, 19 September - Dua warga asing direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini, untuk membantu siasatan berhubung kes memberi rasuah bernilai RM500 bagi membawa masuk buruh asing.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi dengan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kedua-dua warga Myanmar didakwa menawarkan wang rasuah berjumlah RM500 kepada pengadu sebagai balasan membawa masuk pekerja asing warga Myanmar yang tiada dalam senarai kebenaran untuk membuat kerja kontrak di loji air Tanjung Bungah.

Wang RM500 tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik pengadu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee