fb fb fb fb fb

Warga asing ditahan di KLIA, bawa haiwan liar

PDRM rampas 30 ekor anak buaya julung-julung dan 14 ekor kura kura Indian Eyed Turtle di KLIA

KUALA LUMPUR, 18 September- Polis Diraja Malaysia (PDRM ) melalui Perisikan Siasatan Khas (PSK) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menumpaskan sindiket penyeludupan haiwan liar melebihi RM1.8 juta.

Suspek yang merupakan seorang warga asing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila membawa 30 ekor anak buaya julung-julung dan 14 ekor kura-kura Indian Eyed Turtle.

Sindiket yang aktif di peringkat antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum dipindahkan ke negara lain.

Harga jualan bagi seekor kura kura berkenaan dianggarkan bernilai RM1,350 manakala anak buaya julung-julung bernilai RM60,000.

Secara keseluruhan bagi tempoh 1 januari hingga 17 September dianggarkan RM420 juta nilai rampasan dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan .

Seramai 384 individu ditahan dengan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan barang tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi serta penyeludupan hidupan liar.

Pada masa sama PDRM komited menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan operasi bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan masuk dan keluar apa-apa kesalahan yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara termasuk sindiket penyeludupan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI