fb fb fb fb fb

Polis Johor tahan tiga individu dengan dadah lebih RM3.1 juta

Foto Polis

JOHOR BAHRU, 14 Februari - Tiga lelaki, termasuk seorang warga Singapura, ditahan dalam satu Operasi Khas yang membawa kepada rampasan dadah bernilai lebih RM3.1 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, berkata operasi tersebut melibatkan tujuh serbuan di sekitar Johor Bahru, bermula dari pukul 12.10 pagi pada 6 Februari hingga 1.30 pagi 7 Februari lalu.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 41 hingga 48 tahun. Saringan ujian air kencing menunjukkan ketiga-tiga suspek positif dadah Methamphetamine.

Manakala semakan mendapati seorang suspek lelaki tempatan berusia 41 tahun mempunyai rekod jenayah dan dadah. 

"Modus operandi kumpulan ini adalah menjadikan kondominium sebagai stor simpanan sebelum bungkusan semula dan diedarkan ke pasaran tempatan. Hasil siasatan awal kita percayai barang-barang untuk dadah ini diperoleh dari Kuala Lumpur dan sindiket ini telah giat beroperasi di kawasan Johor Baharu sejak awal Januari 2025," kata M. Kumar.

Beliau ditemui semasa Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini. 

Setiap satu bungkusan itu, diisi dengan beberapa jenis bahan yang disyaki dadah dan dijual dengan harga RM200 hingga RM250 mengikut pasaran.

Turut dirampas dan disita pelbagai jenis dadah dan barangan termasuk 15.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 1.357 kg syabu, empat buah kereta, 14 utas jam tangan dengan nilai keseluruhan lebih RM3.5 juta.

Sekiranya dadah tersebut terlepas ke pasaran, dipercayai ia boleh digunakan seramai 77,279 penagih. 

Kesemua mereka direman hingga 17 Februari bagi membantu sisatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

TETITIA YUSOFF