fb fb fb fb fb

Pengurus syarikat rugi RM160,000 ditipu iklan pelaburan 'online' di Facebook

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Seorang pengurus syarikat di Bau, Sarawak mengalami kerugian sejumlah RM160,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa berusia lewat 40-an itu dilaporkan tertarik dengan iklan pembelajaran pasaran saham ketika melayari laman sosial Facebook pada pertengahan bulan lepas.

"Nombor telefon mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp ‘Stock Exchange Group’ dan diajar cara-cara membuat pelaburan dalam pasaran saham oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Jerry' yang mengaku adalah pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan tersebut.

"Mangsa Kemudian telah berminat dan membuat pelaburan melalui laman web https://ccfea.com/ dan melakukan lima transaksi pemindahan wang berjumlah lebih kurang RM160,000 ke dua akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada bulan ini," katanya dalam kenyataan

Mohd Azman berkata, mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah M20,000 berikutan akaun pelaburan tersebut telah dibekukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihat hanya membuat pelaburan di platform yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan serta kerugian.

SITI AISHAH BINTI MD ISA