fb fb fb fb fb

Nelayan Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis

Foto Hiasan

MANJUNG, 24 Januari- Seorang nelayan warga Thailand maut akibat ditembak di kepala di perairan Pantai Remis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenan, oleh majikan mangsa pada jam 12.20 tengah hari.

Menurut beliau mangsa ditembak oleh sekumpulan penjenayah disyaki warga Indonesia di atas bot milik majikan terbabit.

"Pengadu (majikan) dimaklumkan oleh pekerjanya melalui alat walkie-talkie dalam perjalanan balik ke pelantar ikan di Pantai Remis.

"Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI