KUCHING, 15 Disember- Seorang lelaki tempatan direman selama tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuching bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan mati di kawasan longkang Jalan Setia Raja dekat Tabuan Jaya di sini, semalam.
Majistret Ling Hui Chuan membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching ke atas suspek berusia 23 tahun itu.
Penemuan mayat wanita itu pada malam tadi mengejutkan penduduk setempat, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BERITA BERKAITAN