KUCHING, 15 Disember - Polis sedang sedang menyiasat penemuan mayat di kawasan perindustrian, Tabuan Jaya, di sini, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, mayat yang sudah mereput itu ditemukan orang awam sekitar pukul 9.00 malam tadi.
Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan identiti mayat terbabit sehingga satu bedah siasat dijalankan hari ini.
Dihubungi RTM malam tadi dedahnya lagi, polis akan menyiasat punca kematian mangsa dan tidak menolak kemungkinan dibunuh.
"Penemuan mayat tersebut juga dikaitkan dengan kehilangan seorang wanita berumur 26 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak sembilan hari lepas," kata Mohd Farhan.
Katanya, polis juga telah telah membuka satu kertas siasatan bersabit kes orang hilang yang mungkin mempunyai kaitan dengan penemuan mayat terbabit.
Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga polis mengeluarkan laporan lengkap berhubung kes itu.