fb fb fb fb fb

Selebriti tempatan ditahan positif dadah

Gambar hiasan

CYBERJAYA, 14 Disember – Seorang selebriti tempatan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di sini, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, ujian saringan air kencing ke atas lelaki berusia 41 tahun itu positif dadah jenis THC.

"Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 60.3 gram.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN