fb fb fb fb fb

Kes kecurian barang kemas, empat anggota polis ditangkap

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 November - Empat anggota polis berjaya ditangkap selepas pihak Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan berhubung kes kecurian barang kemas yang dilaporkan oleh seorang lelaki warganegara tempatan.

Tangkapan dilakukan terhadap anggota polis berpangkat Konstabel hingga Koperal, berusia antara 28 hingga 35 tahun di Ibu Negara.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan, siasatan kes itu dibuka semula di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan selepas diklasifikasikan sebagai kertas enkuiri polis.

Pihaknya juga turut merampas sekeping resit dan seketul logam berwarna kekuningan dengan berat anggaran 11.52 gram.

Susulan itu, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan serta memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Trainee