Norris lanjut kontrak McLaren, kekal hingga 2030

Foto REUTERS

LONDON, 29 Ogos – Juara dunia Formula One (F1) Lando Norris meneruskan komitmen bersama McLaren selepas menandatangani kontrak yang menyaksikan beliau kekal bersama pasukan itu sehingga 2030.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak baharu McLaren mengandungi pilihan untuk dilanjutkan beberapa tahun lagi selepas 2030.
  • Perjanjian dicapai kurang seminggu selepas kemenangan berturut-turut di Grand Prix Belanda, menghidupkan harapan mempertahankan gelaran dunia.
  • Norris, 26, memberikan McLaren gelaran dunia pemandu pertama sejak 2008 dan kini berada di tempat keempat, ketinggalan 83 mata.

McLaren dalam pengumumannya memberitahu, kontrak baharu berkenaan turut mempunyai pilihan untuk dilanjutkan bagi tempoh beberapa tahun lagi selepas 2030.

Perjanjian itu dicapai kurang seminggu selepas Norris meraih kemenangan berturut-turut menerusi kejayaan di Grand Prix Belanda, sekali gus menghidupkan kembali harapan untuk mempertahankan gelaran dunia yang dimenanginya musim lalu.

Norris, 26, menghadiahkan McLaren kejuaraan dunia pemandu pertama pasukan itu sejak Lewis Hamilton melakukannya pada 2008.

Norris menyertai program pembangunan pelumba muda McLaren ketika berusia 17 tahun sebelum membuat penampilan sulung dalam F1 pada 2019.

“McLaren adalah rumah saya dan saya sangat gembira menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama pasukan ini sekurang-kurangnya sehingga 2030,” kata Norris dalam kenyataan pasukan.

“Ketika memulakan perjalanan ini sembilan tahun lalu, matlamat yang ingin dicapai adalah jelas, iaitu mengembalikan McLaren ke kelompok hadapan dan memenangi kejuaraan.

“Kami sudah mencapai matlamat itu, tetapi kami mahukan lebih banyak kejayaan. Kami mahu terus menang dan sebagai sebuah pasukan, kami tahu kami mampu mencapainya,” katanya.

Norris kini berada di tangga keempat kedudukan kejuaraan dunia musim ini, ketinggalan 83 mata di belakang pendahulu, pelumba Mercedes Kimi Antonelli, dengan 11 perlumbaan masih berbaki. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.