JOHOR BAHRU, 25 Mac- Polis Johor menerima 14 lagi laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah pada stoking di negeri itu.
Ketua Polis negeri, Komisioner M Kumar berkata, keseluruhan sebanyak 25 laporan polis diterima oleh pihaknya dengan satu laporan daripada pihak kilang berhubung ancaman awam yang diterima mereka.
"Kertas siasatan telah diedarkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC) untuk arahan dan nasihat selanjutnya.
"Saya ingin memberi nasihat kepada semua masyarakat,jangan main isu-isu sensitif melibatkan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja). Pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas," katanya pada sidang media sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.
Kumar turut menafikan dakwaan pihaknya lambat membuat serbuan ke atas premis berkenaan sehingga menyebabkan produk-produk stoking terbabit berjaya disembunyikan.
Katanya, lebih 40 pegawai dan anggota menyertai pemeriksaan secara terperinci ke atas kilang tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN
Stoking kalimah Allah : PM mahu tindakan segera dilaksana ikut jalur hukum
Stoking kalimah Allah: UMNO tidak kompromi tindakan persenda Islam
Selangor panggil pihak KK Mart beri penjelasan isu stoking tertera kalimah Allah
Stoking tertera kalimah Allah: Jemaah Menteri setuju tindakan tegas, segera
Isu stoking kalimah Allah, pemilik FB ditahan muat naik hantaran hina Islam