fb fb fb fb fb

Stoking kalimah Allah : PM mahu tindakan segera dilaksana ikut jalur hukum

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 20 Mac - Tindakan segera perlu diambil mengikut undang-undang berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan pantas dan tegas harus diambil selepas laporan diterima bagi mengelakkan sebarang sikap tidak hormat terhadap mana-mana agama, khususnya agama Islam.

“Pandangan saya jelas, ada laporan keterlanjuran mesti ada tindakan segera, keputusan ikut jalur hukum dan maju terus, kenapa kita harus terperangkap dengan isu ini berpanjangan?

"Cuma nasihat saya jangan terlanjur, jangan ikut pemikiran sempit masing-masing, ada tindakan diambil dan maju terus, apa bentuk hukuman jangan melampau, jangan ikut seolah-olah mendera orang lebih daripada yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media, di sini.

Tambah Anwar, sekiranya tindakan segera telah dilaksanakan, semua pihak perlu berlapang dada.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN