fb fb fb fb fb

208 penduduk terjejas banjir di Kuching berlindung di dua PPS

Paras air di beberapa kawasan di Kuching meningkat sejak awal pagi tadi

KUCHING, 31 Disember — Seramai 208 penduduk terjejas banjir di sekitar Kuching kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 11 pagi tadi.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mereka berlindung di Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok susulan paras air yang meningkat sejak awal pagi.

APM memaklumkan, kejadian banjir itu membabitkan 45 keluarga dari Kampung Sinar Budi Baru selepas kawasan berkenaan dinaiki air bermula kira-kira 6 pagi.

“Pihak kami turut memindahkan empat orang orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan RTM di PPS Kampung Sinar Budi Baru mendapati penduduk terjejas mula menerima bantuan asas, sementara pemantauan berterusan dijalankan oleh agensi berkaitan.

GRACE AISYAH KEDAYAN