KOTA TINGGI, 31 Disember - Seorang lelaki warga Indonesia, 52 tahun, maut dalam insiden tanah runtuh di Bandar Penawar, Kota Tinggi, pada Selasa.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Pegawai Bomba Tinggi Dua Izwani Abdul Hamid, mengesahkan mangsa tertimbus pada kedalaman kira-kira tiga meter dalam kejadian yang berlaku pada 1:00 tengah hari.
Pasukan operasi bertindak menggali tanah menggunakan tali serta bantuan mesin jengkaut sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4:00 petang, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.