fb fb fb fb fb

Stoking kalimah Allah: UMNO tidak kompromi tindakan persenda Islam

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap dalam sidang media pada Majlis Berbuka Puasa UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Kenyataan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu kalimah Allah di stoking yang dijual di sebuah kedai serbaneka adalah pendirian parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan itu mendapat sokongan penuh ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

"UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan apa juga tindakan yang memperkotak katikkan agama Islam demi memelihara kesucian kerukunan dan perpaduan rakyat berbilang kaum yang telah lama terbina di negara ini.

"UMNO menyeru semua pihak agar isu mutakhir ini dijadikan sebagai sempadan dan pengajaran penting,"katanya.

Beliau mengulas mengenai tiadanya 'suara' pemimpin lain mengenai isu terbabit.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal menggerakkan kempen memboikot kedai serbaneka KK Super Mart susulan isu sensitif berkenaan.

Tindakan itu turut mendapat reaksi beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung, Anthony Loke.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE