fb fb fb fb fb

Selangor panggil pihak KK Mart beri penjelasan isu stoking tertera kalimah Allah

Stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Super Mart, baru-baru ini

SHAH ALAM, 22 Mac- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini memaklumkan pihaknya akan memanggil pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart, berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.

Malah, katanya pengurusan kedai serbaneka itu perlu bertanggungjawab dan ikhlas dengan permohonan maaf yang telah dibuat.

“Kita akan memanggil pengurusan KK Mart bagi mendengar penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.

“Mereka kena bertanggungjawab dengan isu itu dan pastikan tiada lagi barang-barang yang mengganggu dan melukakan hati umat Islam,” katanya.

Amirudin berkata demikian selepas Program Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam Selangor hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE