fb fb fb fb fb

Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebulan gaji

Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani di Shah Alam

SHAH ALAM, 22 Mac- Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri 2024 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta yang akan disalur pada 8 April.

Bantuan berkenaan katanya, merangkumi penjawat awam bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan bawah pentadbiran SUK Selangor.

“Selain itu bagi pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun,"katanya.

Tambah Amirudin, penggerak masjid seperti Nazir, imam, bilal dan siak serta guru kelas al-Quran dan Fardu Ain, KAFA akan menerima bantuan berjumlah RM500.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani di Shah Alam, hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE