fb fb fb fb fb

Isu stoking kalimah Allah, PDRM serah kertas siasatan lengkap kepada AGC

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking kalimah Allah, membabitkan KK Super Mart dan syarikat kilang pengedar mengikut Seksyen 298A.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kertas siasatan yang sudah lengkap telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Khamis.

"Kertas siasatan kita sudah lengkap. Tunggu arahan terakhir dan terkini daripada pihak AGC. Apabila mereka telah beri kepada kita, kita akan maklumkan kepada pengamal media."

"Setakat ini, kita terima 143 laporan polis dan seramai 174 saksi yang telah diambil keterangan. Kita berjaya merampas 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah untuk siasatan," kata Shuhaily kepada pemberita semasa sidang media di Bukit Aman.

Tambahnya, pihak polis telah membuka empat kertas siasatan termasuk kertas siasatan yang melibatkan dua individu mengeluarkan kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap isu tersebut.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM