fb fb fb fb fb

Isu stoking kalimah Allah, pemilik FB ditahan muat naik hantaran hina Islam

Foto Fail: Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu rangkaian kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemilik akaun Facebook (FB) berusia lingkungan 35 tahun ditahan di kawasan Cheras di sini semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R (raja, agama, bangsa).

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI