fb fb fb fb fb

Dua suspek ditahan kes bunuh di Johor

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Raub Selamat / Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 13 November – Polis menahan dua lelaki berusia 44 dan 62 tahun di Taman Maju Jaya, di sini pada 10 November lalu, dipercayai terlibat dalam kes bunuh yang berlaku di Johor Bahru pada 19 Oktober.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian tersebut, seorang lelaki warga asing ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga jejantas.

"Siasatan mendapati mangsa, yang berusia lingkungan 35 tahun, mempunyai tiga kesan tikaman berukuran antara tiga hingga lapan sentimeter pada tubuh badan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan yang dialami," katanya menerusi kenyataan.

Semakan mendapati kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai 21 rekod jenayah dan 20 rekod dadah, dan kedua-duanya juga didapati positif methamphetamine.

Suspek kini direman sehingga 17 November untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN